Jalan menuju syurga yang abadi...

Isnin, 25 Februari 2013

PELUANG KERJAYA SAMBILAN TAMBAH PENDAPATAN

Anda sudah mempunyai jawatan dan kerja tetap serta gaji setiap bulan, namun anda tetap terperangkap dalam masalah kewangan. Saya ingin kongsikan rahsia ilmu kewangan ini hanya untuk anda yang menghadapi masalah wang, banyak hutang, simpanan tak cukup, duit sara hidup tak cukup dan sebagainya. Jika anda benar-benar yakin dengan apa yang saya sampaikan, teruskan baca sampai habis! Laporan ini hanya buat mereka yang benar-benar serius ingin mengubah nasib dari dikelilingi dengan masalah duit kepada kehidupan yang lebih baik.
ilmu kewangan

Ilmu kewangan islam sebenarnya ilmu yang wajib diketahui ,dan saya bertuah kerana berpeluang mempelajari selok belok ilmu dalam kewangan islam,dimana sekarang saya bukan sahaja dapat memanfaatkan ilmu ini bahkan saya juga dapat membantu ramai orang dalam memberi khidmat nasihat dalam bidang kewangan ini, selain diberi sijil kelayakan profesional :) .
Inilah kerjaya mulia, menegakkan muamalah Islam dalam kehidupan, berdakwah untuk semua manusia. Membantu insan yang memerlukan bantuan disaat mereka ditimpa musibah. Usah pandai membicarakan soal hukum halal dan haram, namun hakikatnya kita membiarkan yang haram itu menguasai diri kita. Usah pandai mengkritik dan menyalahi orang lain, namun kita sendiri tidak menyediakan jalan penyelesaian.

ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH SEBEGINI???

Sepatut di zaman semakin maju ini, hidup manusia lebih selesa dan senang. Namun sebaliknya berlaku, ramai orang semakin susah hidupnya. ! Pelik juga kan?
Apa nak dipelikkan…sebabnya adalah:
  • Kerja makin susah nak dapat…
  • Gaji tak naik-naik…
  • Hutang kad kredit makin bertambah…
  • Nak makan pun kena catu, sebab harga barang asyik naik je..
  • Orang lain beli itu, kita beli itu juga..taknak kalah..
Dan bermacam-macam lagilah…
Adakah anda sedang menghadapi masalah seperti di atas?
Jika ya… apakah usaha anda untuk keluar dari masalah tu?
  • Pinjam dengan bank? – nak cari nahas? Dah susah nak hutang lagi..
  • Buat kerja tambahan? – duit memang bertambah, tapi masa, tenaga banyak dihabiskan..
  • Berniaga sampingan? Buka kedai, gerai? Ada modal banyak ke? Ada masa ke? Larat ke…
  • Main saham? Pandai ke main saham?…Tinggi risikonya..
Semuanya berisiko untuk dilakukan. Jadi apa yang harus dilakukan? Jawapannya adalah…

Isnin, 14 Januari 2013

Kerjaya Pilihan Hari Ini

Hari ini, masih ramai para pelajar lepasan SPM yang sedang mencari satu kerjaya yang sesuai dengan cita-cita mereka. Begitu juga para siswazah yang memiliki ijazah dalam pelbagai pengkhususan yang masih menganggur menanti kerjaya yang datang melamar mereka, setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki. walau apa jua kerjaya yang kita impikan, pastikan matlamat kita dan usaha kita mendapat keberkatan dan tidak keluar dari batasan syariat Allah SWT.Kadang-kadang kita terlupa dan lalai, ketika kita asyik mengejar harta dan pangkat, banyak prinsip yang kita telah kita gadai dan korbankan. Kita selalu inginkan kesenangan dalam masa yang singkat tanpa usaha dan ikhtiar yang gigih. Ramai orang yang gemar memilih kerjaya sebagai pekerja yang makan gaji bagi mendapatkan pendapatan dengan cara yang mudah. Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka yang sukakan cabaran dan memilih bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan dan rezeki mereka.  



Selasa, 1 Januari 2013

TAZKIRAH AWAL TAHUN 2013

Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya. Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.

Dalam al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"

Seperti dilaporkan dari laman Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama, hanya satu orang dari 10 yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).

Ahli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.

Sebaliknya, tercatat bahawa sekitar satu pertiga daripada 3,000 orang yang mengikuti kajian tersebut, perasaan mereka tidak baik selepas menangis. Hasil kajian ini diterbitkan dalam American Journal of Psychology - mengaitkan antara manfaat menangis dengan tempat dan waktu menangis tersebut. Kajian ini melihat bahawa menangis memberikan kesan menenangkan, seperti pernafasan yang menjadi lambat dan hal ini dapat mengurangkan kadar denyutan jantung. Para penyelidik menganggarkan bahawa hal inilah menyebabkan mengapa manusia mengingat perkara yang positif selepas menangis dan menghidari perasaan tegang.

Oleh itu, Allah menyebutkan berkaitan "menangis" pada beberapa ayat di dalam al-Quran. Dia menjadikannya sebagai tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai indikasi kejujuran seorang mukmin takutnya kepada Sang Pencipta, Yang Maha Berkuasa. Allah berfirman:

“Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? Oleh hal yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh-penuh tauhid).”(Surah An-Najm: ayat 59-62)

Maka dalam nas al-Quran ini, Allah memerintahkan kita untuk menangis kerana takut kepada-Nya dan agar kita menjauhi perkara sia-sia serta menjauhi banyak ketawa. Hal itu tidak menghalang kita daripada tersenyum yang juga tergolong sebagai ubat (untuk mengubati kesedihan dan masalah).

Sesungguhnya menangis,, khusyuk, dan doa adalah resipi yang bagus untuk mengubati ketegangan jiwa. Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita termasuk antara golongan yang Allah berfirman tentang mereka:

"... Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. " (Surah al-Anbiyaa : ayat 90)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...