- Definisi kurikulum/sukatan/manhaj pelajaran Bahasa Arab
- Matlamat Umum dan Khusus kurikulum
- Falsafah Pendidikan Negara
- Falsafah Pendidikan Islam
- Kandungan utama kurikulum KSSR
- Pengajaran Sistem sebutan (nizam sauti)
- Pengajaran Nahu dan anasir lughawiyah
- Nizam Tarkibiy dan Nahu
- Matlamat/ahdaf HSP B.A
- Buku teks bahasa Arab/ buku panduan guru/ buku kerja pelajar
- perbezaan KBSR dan KSSR
- Pengajaran Kemahiran Membaca
- Penilaian PKSR
Isnin, 22 Oktober 2012
Panduan tajuk-tajuk ulangkaji subjek BAM 3109
Kepada semua pelajar yang mengambil subjek BAM 3109, anda dinasihati membuat persediaan dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh. berikut adalah tajuk-tajuk yang perlu diberi penekanan dan kefahaman yang mendalam :
Ahad, 30 September 2012
Takaful Perlu Untuk Selesai Bebanan Hutang...
Fiqh: Masalah penama, insurans dan pinjaman
| Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, |
Soalan;
1. Harta yang kita dan isteri miliki sekarang, contohnya kereta, rumah, wang atau tanah, perlukah diletakkan penama atau orang yang akan mewarisinya kelak jika kita meninggal dunia. Jika diletakkan, adakah akan dikira sebagai hibah, atau dikira harta pusaka yang wajib dibahagi mengikut hukum faraid setelah peninggalan kita. Jika tidak diletakkan penama, apakah risiko yang akan kita hadapi setelah meninggal nanti. Untuk kereta dan rumah yang dibeli secara pinjaman, wajibkah kita mengambil insurans hayat untuk diri kita bagi keperluan jika ketiadaan kita nanti, baki pinjaman tersebut ditanggung oleh pihak insurans dan kita tidak lagi menanggung hutangnya setelah meninggal dunia.
2. Jika kita telah memiliki pinjaman untuk membeli keperluan berbentuk hajiyat atau dharuriat seperti rumah dan kereta, haruskah kita membuat pinjaman ketiga, contohnya pinjaman peribadi untuk membeli rumah bagi disewakan atau untuk keperluan perniagaan yang lain. Hal ini kerana pinjaman ketiga ini bukan lagi dharuriat, cuma sebagai menambah pendapatan sahaja, dan melalui tambahan pendapatan itu kita dapat menderma dan sebagainya. Hal ini kerana, walaupun sistem pinjaman Islam yang ada pada hari ini dan diamalkan oleh kebanyakan bank, kita dapati unsur-unsur penindasan masih lagi wujud, iaitu pinjaman yang berjumlah besar dan memakan tempoh yang lama contohnya RM200 ribu untuk tempoh selama 20 tahun, pihak bank mengenakan keuntungan hampir sama dengan jumlah pinjaman yang dipohon (walaupun pinjaman tersebut Islamik). Jadi, adakah harus menurut pendapat ustaz sendiri dan menurut pendangan Islam kita membuat pinjaman ketiga dalam keadaan seperti ini dan bukan untuk perkara yang dharuriat atau hajiyat seperti yg dinyatakan tadi.
Jawapan;
1. Perlu atau tidak meletakkan penama pada harta bergantung kepada maslahah pemilik harta dan waris-warisnya. Namun menurut fatwa ulama; Penama tidak lebih daripada pemegang amanah sahaja. Apabila berlaku kematian pemilik harta, penama wajib menguruskan harta tersebut dengan membahagikannya kepada waris-waris si mati. Ia tidak boleh dianggap hibah kerana hibah ialah pemberian ketika hidup dan hibah hanya dikira sah apabila telah diterima/dipegang oleh penerima hibah (yakni telah bertukar nama/milik kepadanya). Oleh kerana harta/wang yang ditinggalkan itu masih atas nama si mati, maka harta itu dianggap harta peninggalan si mati dan mesti diagihkan kepada waris-warisnya setelah ditolak hutang-hutang dan wasiatnya (jika ada).
2. Mengambil insuran (yang islamik; takaful atau sebagainya) untuk menampung hutang apabila mati kelak suatu yang baik untuk mengelak kita daripada masih menanggung hutang apabila mati kelak. Mati dengan menanggung hutang dan tidak ada orang/pihak yang sanggup mengambil alih hutang tetsebut, menyebabkan berlaku apa yang disebut oleh Nabi SAW dalam hadisnya;
"Roh orang beriman tergantung dengan hutangnya hinggalah dilunaskan bagi pihaknya" (HR Imam at-Tirmizi. hadis hasan).
Maksud "tergantung dengan hutangnya' ialah; darjat kemuliaan yang hendak diberikan kepadanya tertahan dengan sebab hutangnya di dunia yang belum dilunaskan hinggalah apabila hutang itu dilunaskan barulah darjah kemuliaan itu diberikan kepadanya" (Faidhul-Qadier, no. 9281).
3. Berhutang dengan bank hari ini tidak digalakkan kerana sistem yang dipakai ialah Bai' al-'Inah. Ia ditolak oleh jumhur ulama kerana mirip kepada riba dan dilarang oleh Nabi SAW dalam hadisnya;
“Jika kamu saling berakad jual beli secara ‘Inah dan kamu sibuk dengan ternakan lembu dan tanaman kamu sehingga kamu meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kamu yang tidak akan hilang kehinaan itu selama kamu tidak kembali kepada agama kamu” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu 'Umar RA).
Bai’ al-‘Inah ialah seseorang menjual suatu barang kepada seorang yang lain dengan harga bertangguh, kemudian membeli semula barang itu daripada pembeli tadi dengan bayaran tunai tetapi dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualannya tadi. Contohnya; Ali menjual kepada Ahmad sebuah kereta dengan harga RM20 ribu dan dibayar tangguh. Kemudian Ali membeli semula kereta dari Ahmad dengan membayar tunai tetapi harganya RM 15000 sahaja.
Jual beli di atas menurut jumhur ulama (termasuk Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) adalah haram kerana ia adalah helah untuk menghalalkan riba iaitu pinjaman dengan syarat pembayaran lebih. Dalam kes di atas, seolah-olah Ali meminjamkan RM 15,000 kepada Ahmad dengan mengenakan pembayaran RM20,000. Penjualan barang dimasukkan hanya sebagai helah untuk menghalalkan pinjaman riba tersebut bukan menjadi maksud akad.

Khamis, 23 Ogos 2012
Bahaya Ancaman Liberalisasi
Kesan
liberalisasi ke atas gerakan Islam di Malaysia
Pemikiran liberal adalah
ideologi Barat yang meresap ke dalam kehidupan manusia secara halus tanpa
disedari tetapi terancang. Pada awalnya menjurus kepada globalisasi ekonomi
sejagat dengan agenda utamanya perdagangan bebas. Dicanang sebaik mungkin
kepentingan globalisasi ekonomi dunia demi perdagangan yang adil dan
menguntungkan. Kononnya dengan perdagangan bebas menguntungkan para pengguna.
Semua barang boleh diperolehi dengan mudah dan murah.
Mana-mana kerajaan yang
menolak sistem perdagangan bebas akan dikecam oleh rakyatnya sendiri dengan
dakwaan tidak menjaga kepentingan rakyat walaupun dasar kerajaan sebaliknya
untuk jangka panjang menjaga kepentingan ekonomi negara. Mana-mana kerajaan
terpaksa akur dengan tuntutan rakyat untuk kekal berkuasa. Apa yang tersirat
sebenarnya ialah perancangan Barat untuk menguasai pasaran keluaran mereka
seterusnya menguasai ekonomi negara-negara Timur terutamanya negara Islam yang
terkenal sebagai negara pengguna yang paling tinggi.
Pemikiran liberal bukan
sahaja berfokus kepada ekonomi tetapi menyerang seluruh peradaban dan tamadun
mana-mana bangsa. Matlamat yang paling tinggi ialah meresap ke dalam gerakan
dan fikrah Islam dengan strategi yang terancang dan berkesan. Secara umumnya
didapati pengaruh liberal telah merubah istilah-istilah Islam yang telah
digunapakai sekian lama dan hampir sebati dengan dakwah kepada istilah-istilah
baru dengan alasan berdakwah dengan hikmah dan menjaga keharmonian kaum. Lalu
dilaungkan bahawa Islam merupakan agama kesejahteraan dan rahmat untuk seluruh
umat manusia. Sedangkan istilah-istilah Islam yang asal sebelum ini tidak
pernah mendatangkan apa-apa kemudharatan dan keburukan kepada bukan Islam.
Kesan liberalisasi juga
telah merubah pendekatan dakwah kebanyakan gerakan Islam di Malaysia tanpa
melihat kepada perancangan musuh Islam yang terselindung. Penggunaan perkataan
Allah dalam kitab Bible terjemahan Bahasa Melayu disokong dan dihujah secara
syarak dan aqal tanpa melihat kepada kepentingannya di Malaysia dan kesannya
kepada bangsa Melayu khasnya. Ianya disokong tanpa melihat kepada apa yang
tersirat di sebalik penggunaan perkataan tersebut dalam kitab Bible terjemahan
Bahasa Melayu. Sedangkan masih ada pendapat yang mengatakan ia boleh dilarang
dengan alasannya yang tersendiri.
Liberalisasi juga telah
merubah strategi dakwah gerakan Islam. Daripada membela keadilan untuk Islam
kepada hanya berdialog dan berdiskusi kononnya secara hikmah. Digambarkan
seolah-olah Islam hanya mengutamakan dialog dan diskusi walaupun Islam diserang
dari segenap penjuru. Mana-mana gerakan Islam yang ke depan membela Islam
dengan agak agresif dituduh sebagai melampau atau tidak memahami uslub dakwah.
Sedangkan sebelum ini tindakan yang sama pernah mereka lakukan ketika
berhadapan dengan musuh Islam. Ketika itu mereka amat digeruni dan musuh Islam
amat berhati-hati untuk memperkatakan perkara yang buruk tentang Islam.
Liberalisasi telah “mengkijangkan harimau”. Perkataan “musuh Islam” telah
ditukar kepada “mad’u kita” walaupun ajaran tersebut jelas memusuhi Islam
dengan pelbagai perancangan secara senyap ataupun zahir. Bahkan orang Islam
khasnya orang Melayu dipersalahkan kerana tidak kuat aqidah sehingga boleh
dipengaruhi oleh agama lain. Katanya sepatutnya orang Melayu yang mesti
perkuatkan aqidah mereka.
Ada juga para cerdik pandai
yang menyalahkan gerakan Islam kerana cuba menanamkan sifat permusuhan dengan
penganut agama lain sedangkan di sana terdapat titik-titik persamaan antara
Islam dengan agama tersebut seperti Kristian dan Yahudi. Sepatutnya orang Islam
menggunakan titik persamaan tersebut ke arah perdamaian dan keamanan dengan
membina titik persefahaman. Katanya ibadat puasa merupakan antara titik
persamaan antara Islam dengan agama lain kerana umat terdahulu juga sudah
diwajibkan berpuasa. Islam juga mengharuskan lelaki Islam berkahwin dengan
perempuan Kristian dan Yahudi serta diharuskan makan sembelihan mereka, maka
perlu dibina persefahaman.
Peliknya titik persamaan
sahaja ditonjolkan sedangkan peristiwa dulu dan sekarang yang telah dilalui
oleh ummat ini tidak dinyatakan. Kezaliman, penindasan, pembunuhan dan pelbagai
lagi yang dilalui oleh umat Islam. Digambarkan seolah-olah Islam yang
menganjurkan permusuhan. Walaupun ada persamaan, ada juga perbezaan yang
membawa kepada permusuhan kerana beberapa syarat tidak dipenuhi. Rasulullah SAW
sendiri menghalau Yahudi dari bumi Khaibar kerana kejahatan mereka. Walaupun
ada titik persamaan, tetapi kalau tidak memenuhi syarat-syarat yang sepatutnya
perlu diperangi. Ayat Quran sendiri menjelaskan ada persamaan antara agama
samawi dalam sudut-sudut tertentu tetapi Quran juga memberi peringatan tentang
keburukan mereka yang perlu diperangi.
Kesan liberalisasi juga
akan mengenepikan tamadun bangsa yang pernah dicipta oleh generasi terdahulu
walaupun syarak mengharuskanya dengan syarat-syaratnya yang jelas. Mereka
mendakwa bangsa tidak ada apa-apa kepentingan untuk agama. Bangsa tak wujud pun
tak mengapa asalkan Islam ada. Sedangkan Allah sendiri yang mengiktiraf kedudukan
bangsa sebagai wasilah untuk bertaaruf. Taaruf dalam ertikata yang luas. Bagi
mana-mana gerakan yang menghidupkan semula peranan bangsa dalam dakwah akan
dituduh sebagai asobiyyah jahiliyyah.
Pengaruh liberalisasi yang
agak parah kepada gerakan Islam di Malaysia ialah perjuangan untuk keadilan.
Pengertian keadilan yang agak kabur bahkan kadang-kadang perjuangan keadilan
yang jauh menyimpang dari keadilan Islam yang sebenar disebabkan oleh
perjuangan keadilan bersama dengan mereka yang membawa ajaran mungkar
bertentangan dengan Islam. Pada satu-satu waktu berjuang bersama untuk menuntut
keadilan, pada waktu yang lain rakan kongsi itu memperjuangkan pula kemungkaran
dalam Islam dan ada yang berkali-kali menentang perlaksanaan syariat Islam di
Malaysia dan memperjuangkan Malaysia sebagai negara sekular. Tetapi oleh kerana
ingin mencapai misi tertentu kerjasama tetap diteruskan. Pelbagai hujah
diberikan untuk menghalalkan kerjasama tersebut. Bahkan dikatakan ianya sebagai
jihad fi sabillilah.
Oleh: Ustaz Sharipudin Abd. Kadir
Yang Dipertua
Majlis Syura ISMA
Majlis Syura ISMA
* Ustaz Sharipudin juga merupakan Yang
Dipertua ISMA Kelantan
Selasa, 14 Ogos 2012
مَوضُوعُ الدَّرْسِ
: مُحْتَوَيَاتُ الْمَنْهَجِ الدِّرَاسِيِّ لِلُّغَةِ الْعَرَبِيَّةِ
بِالْمَدَارِسِ الابْتِدَائئِيَّةِ
مُحْتَوَى الدَّرْسِ
:
(1)-
المَهَارَاتُ اللُّغَوِيَّةُ الأَسَاسِيَّةُ
(2)-
النِّظَامُ التَّرْكِيبِيُّ وَالصَّرْفِيُّ
(3)-
النِّظَامُ الصَّوْتِي
(4)-
قَائِمَةُ الْمُفْرَدَاتِ
هذه المهارات الأساسية الأربع تتضمن فيها عناصر مهمة في تعليم اللغة منها:
المحتوى العام للمنهج الدراسيّ
يتركز المنهج الدراسي للغة العربية في المدارس الابتدائية على المهارات الأساسية الأربع وهي
1. مهارة الاستماع
2. مهارة النطق
3. مهارة القراءة
4. مهارة الكتابة
هذه المهارات الأساسية الأربع تتضمن فيها عناصر مهمة في تعليم اللغة منها:
1. المواقف
2. الوظائف اللغوية
3. الأنشطة المقتـرحة
يعتمد تعليم اللغة العربية الاتصالية وتعلمها على الأسس التالية
:
1. خبرات التلاميذ اليومية
2. غرس القيم السامية والوطنية
3. صلته بالمواد الأخرى
تتناول عملية التعليم والتعلم على الأنشطة المقتـرحة وعلى التدريبات
بواسطة :
1. الألعاب اللغوية
2. الأناشيد
3. الألغاز
4. الحوار والتمثيل
5. الفوازير
6. النوادر
النظام الصوتي
اللغة هي الأصوات . فالنظام الصوتي جزء من المتطلبات الأساسية في تعليم
اللغة. وعلى هذا الأساس فلا بد من التركيز على الأصوات الثقيلة على التلاميذ .
ويهدف تعليم هذا النظام إلى تقويم لسان التلاميذ وتعويدهم على نطق الأصوات المختلفة
.
1)
|
الأصوات العربية الخفيفة
[ أ ، ب ، ت ، ج ، د ، ر ، ز ، س ، ش ، ك ، ل ، م ، ن ، و ، هـ ، ي
]
|
2)
|
الأصوات العربية الثقيلة
[ ث ، ح ، خ ، ذ ، ص ، ض ، ط ، ظ ، ع ، غ ، ف ، ق ]
|
3)
|
أصوات المد والشدة
[ أ ، و ، ي --- دلّ = د+ل+ل ]
|
النظام التركيبي
والصرفي
إن النظام التـركيبي والصرفي جزء متكامل في اللغة ويهدف تعليم هذا
النظام إلى تنمية قدرات التلاميذ في استخدام اللغة حسب قواعدها الصحيحة نحويا
وصرفيا .
1.
النظام التركيبِي
1.1
الجملة الاسمية البسيطة :
أ)
الاسم + الفعل = التلميذ يجلس
ب)
الاسم + الفعل + الاسم = التلميذ يكتب الدرس
1.2
الجملة الفعلية البسيطة :
أ) الفعل + الاسم = قام
محمد
ب) الفعل + الاسم + الاسم = كتب محمد
الدرس
ج) الفعل + الاسم + الحرف + الاسم = ذهب الطبيب إلى
المدينة
1.3 شبه الجملة البسيطة :
أ) حرف الجر + الاسم + الاسم = في الفصل
فاطمة
ب) الظرف + الاسم + الاسم = أمام
المدرسة عل
. النظام الصرفي
2.1 تصاريف الكلمات :
الماضي
|
المضارع
|
الأمر
|
اسم
الفاعل
|
اسم
المفعول
|
كتب
|
يكتب
|
اكتب
|
كاتب
|
مكتوب
|
درس
|
يدرس
|
ادرس
|
دارس
|
مدروس
|
ضرب
|
يضرب
|
اضرب
|
ضارب
|
مضروب
|
قائمة المفردات
المفردات عمود فقري في تدريس اللغة العربية ويهدف إلى تزويد التلاميذ
باللغة العربية وإثرائها طبقا للمواقف والمجالات المعينة . وفي هذه المرحلة ينبغي
للتلاميذ استيعاب ما لا يقل عن سبعمائة وخمسين( 750 ) كلمة.
Isnin, 13 Ogos 2012
SUBHANALLAH...
|
http://detikislam.blogspot.com,
|
12 Ogs 2012
|
Menara Pisa,
Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel, dan Piramid di
mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu
belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib
lagi. Mungkin sobat-sobat bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?
Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah
yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki.
Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan
muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang
dinyatakan dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,
"Dan
apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang
melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia
dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".
Mufassir Negeri
Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas,
"Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai
meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama
Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya,
dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini
akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir
(3/49]
Haiwan aneh
yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya
kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,
"Sesungguhnya
tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10
tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab,
Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari dari arah
barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ".
[HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311),
At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]
Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon
kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu 'alaihi
wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin
Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata,
"Jabir bin
Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu
Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang
kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara
seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah - shollallahu
'alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang
pohon kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu
Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Dulu
Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala
beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma
itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil
mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR.
Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]
Batu mengucap salam
Mungkin kalau seekor
burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai.
Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba
Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang
disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya
bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau
sebagaimana dalam sabdanya,
Dari Jabir bin
Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya
aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku
diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam
Shohih-nya (1782)] .
Pengaduan Seekor unta
Manusia adalah
makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan
kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja
yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat
disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya
lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada
Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.
Abdullah bin
Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari
Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng
dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan
kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau
senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah
atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar.
Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi
wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu
Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya
sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian
beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?"
Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku,
wahai Rasulullah".
Maka
Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:
"Tidakkah
engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai
milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa
engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud dalam As-Sunan
(1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad
(1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il
(6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah
(20)]
Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang
yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih
ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh,
akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam
hadis berikut:
Abu
Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Rasulullah-Shollallahu
'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang
wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang
telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan
sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu
'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing
panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah
Bisyr bin Al-Baro 'bin Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa
sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk
melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang
nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau
adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian
Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita
itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika
beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Senantiasa aku merasakan
sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya
urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512).
Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq
Masyhur Hasan Salman]
Batu yang Berbicara
Setelah kita
mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya
adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka
terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita
yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk
akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidaklah pernah
berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu
dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah-Shallallahu
'alaihi wa sallam-bersabda:
"Kamu akan
memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di
balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di
belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767),
dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu
Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya
hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya
hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ".
[Lihat Fathul Bari (6/610)]
Semut Memberi Arahan
Mungkin kita
pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan
haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong.
Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara
kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander
pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah
semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,
"Dan
Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka
itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di
lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya,
sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa
kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku
berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau
anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan
amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam
golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).
Inilah beberapa
perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang
menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama
meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi
wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui
perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk
mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin
Langgan:
Catatan (Atom)